Bil. |
Perkara |
Nama Borang/ Memo/ Dokumen |
1. |
Jemputan ke Sesi Taklimat Peralihan Sistem MyPhyto Tahun 2022. Maklumat Lanjut... |
Poster Taklimat Peralihan kepada Sistem MyPhyto Tahun 2022
|
Keterangan: Jabatan Pertanian sedang dalam proses ke arah pelaksanaan inisiatif pertukaran Sijil Fitosanitasi secara elektronik (e-Phyto). Bagi memenuhi keperluan pelaksanaan e-Phyto ini, Sistem MyPhyto sedia ada telah ditambahbaik dan akan digantikan dengan Sistem MyPhyto versi baru berkuatkuasa mulai 1hb September 2022.
Sesi taklimat ini akan menerangkan tentang inisiatif e-Phyto, perubahan yang dilaksanakan pada Sistem MyPhyto versi baru dan persediaan untuk peralihan ke Sistem MyPhyto Tahun 2022.
Tarikh: 9, 11 dan 12 Ogos 2022 (sila pilih satu sesi sahaja) Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang Tempat: Online (Zoom Webinar) Zoom Link: https://bit.ly/3OPAA4J Passcode: 2022
Tuan/ puan dijemput hadir. Sesi taklimat ini adalah percuma. |
|
2. |
Pemakluman Perubahan Pauntan (Link) Sistem MyPhyto . Maklumat Lanjut... |
Surat Pemakluman Perubahan Pautan (Link) Sistem MyPhyto
|
Keterangan: Jabatan Pertanian sedang dalam proses ke arah pelaksanaan inisiatif pertukaran Sijil Fitosanitasi secara elektronik (e-Phyto). Sehubungan itu, Sistem MyPhyto sedia ada telah ditambahbaik bagi memenuhi keperluan pelaksanaan e-Phyto ini.
Peralihan ke Sistem MyPhyto versi baru ini akan berkuatkuasa mulai 1hb September 2022 (Khamis) dan boleh diakses melalui pautan http://myphyto.gov.my/EV2022. Mulai tarikh ini juga, Sistem MyPhyto sedia ada tidak lagi boleh digunakan untuk membuat permohonan Sijil Fitosanitasi.
|
|
3. |
Perlaksanaan Penggunaan No. Pendaftaran NPPO Baharu bagi Fasiliti Pemprosesan untuk Eksport Mulai 1 April 2022. Maklumat Lanjut... |
Perlaksanaan Penggunaan No. Pendaftaran NPPO Baharu bagi Fasiliti Pemprosesan untuk Eksport Mulai 1 April 2022
|
Keterangan: Jabatan Pertanian telah mengemaskini Garis Panduan Pendaftaran Fasiliti Pemprosesan untuk eksport bagi memudahkan pengguna. Setiap fasiliti akan mempunyai satu nombor pendaftaran NPPO sahaja untuk pelbagai jenis produk. Perlaksanaan penggunaan nombor pendaftaran baru ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2022. |
|
4. |
New Zealand's Import Health Standard for Personal Consignments of Products for Human Consumption and Personal Effects. Maklumat Lanjut... |
New Zealand IHS - Personal Consignments of Products for Human Consumption and Personal Effects
|
Keterangan: Import Health Standard bagi mengeksport:i. buah-buahan dan sayuran segar ii. produk berasaskan tumbuhan iii. produk berasaskan haiwan iv. barangan peribadi
yang tidak melebihi 40 kg.
|
|
5. |
Pendaftaran Pengilang/ Pengeksport Makanan ke China bagi Tujuan Pengeksportan ke China Selepas Januari 2022. Maklumat Lanjut... |
Pendaftaran Pengilang/ Pengeksport Makanan ke China bagi Tujuan Pengeksportan ke China Selepas Januari 2022
|
Keterangan: Pihak General Administration of Customs, The People’s Republic of China (GACC) akan menguatkuasakan keperluan pendaftaran premis pemprosesan makanan dan premis penyimpanan makanan seperti yang dinyatakan dalam Decree no. 248.
Bermula 1 Januari 2022, hanya produk makanan dari premis pemprosesan dan premis penyimpanan makanan yang telah berdaftar dengan pihak GACC sahaja DIBENARKAN import masuk ke China. Tempoh sah pendaftaran dengan GACC adalah selama 5 tahun. Premis pemprosesan dan premis penyimpanan makanan perlu menghantar permohonan pembaharuan dalam masa 3-6 bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran. Pendaftaran melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Untuk maklumat lanjut sila layari http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=441000552 |
|
6. |
Notis Permulaan Operasi Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi BBT Temerloh, Pahang. Maklumat Lanjut... |
AF (PC) Notis Permulaan Operasi Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi BBT Temerloh, Pahang 24092021
|
Keterangan: Dimaklumkan bahawa perkhidmatan pengeluaran Sijil Fitosanitasi di Pejabat Unit Biosekuriti Tumbuhan Temerloh, Pahang akan mula beroperasi berkuatkuasa pada 18 Oktober 2021. Sebarang urusan berkaitan pengeluaran Sijil Fitosanitasi boleh dibuat di alamat berikut:
UNIT BIOSEKURITI TUMBUHAN, JABATAN PERTANIAN, KM3 JALAN TRIANG, 28000 TEMERLOH, PAHANG NO. TEL: 09-2961130 NO. FAKS: 09-2961134 |
|
7. |
Pengeluaran Sijil Fitosanitasi untuk Eksport Bahan Tanaman Durian . Maklumat Lanjut... |
AF (Durian) Pengeluaran Sijil Fitosanitasi untuk Eksport Bahan Tanaman Durian 30062021
|
Keterangan: Selaras dengan keputusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mengenakan sekatan pengeksportan bahan tanaman durian kecuali biji benih ke luar negara, Jabatan Pertanian tidak akan mengeluarkan Sijil Fitosanitasi untuk pengeksportan bahan tanaman durian. |
|
8. |
Phytosanitary Requirements for the importation of Plant Products for Animal Feed from All Countries into New Zealand.. Maklumat Lanjut... |
Import Health Standard for the Importation of Processed Animal Feed of Plant Origin from all countries.
|
Keterangan: This Import Health Standard describes the phytosanitary requirements that must be met for the importation of plant products for animal feed from all countries to be given biosecurity clearance into New Zealand. |
|
9. |
Export Certification for Palm Kernel Expeller (PKE)/ Palm Kernel Meal (PKM)/ Palm Kernel Cake (PKC)/ Palm Kernel Pellets (PKP) to New Zealand and Other Countries. Maklumat Lanjut... |
Work Instructions
|
Keterangan: Export Certification for Palm Kernel Expeller (PKE)/ Palm Kernel Meal (PKM)/ Palm Kernel Cake (PKC)/ Palm Kernel Pellets (PKP) to New Zealand and Other Countries |
|
10. |
Kaedah Untuk Allow Pop-Up Blocker Bagi Pembayaran Dalam Talian. Maklumat Lanjut... |
Kaedah Untuk Allow Pop-Up Blocker Bagi Pembayaran Dalam Talian
|
|
11. |
Pelaksanaan Peraturan Baru Untuk Pengeksportan Produk Pertanian Ke Negara Kesatuan Eropah (EU). Maklumat Lanjut... |
Pelaksanaan Peraturan Baru Untuk Pengeksportan Produk Pertanian Ke Negara Kesatuan Eropah (EU)
|
Keterangan: Suruhanjaya Negara Kesatuan Eropah telah mengemaskini
peraturan-peraturan berkaitan perlindungan tumbuhan di Negara-negara Kesatuan
Eropah. Peraturan-peraturan ini telah dimaklumkan menerusi Commission Implementing Regulation (EU) 2019/2072. Peraturan ini
telah menggantikan Council Directive
2000/29/EC yang digunapakai selama ini. |
|
12. |
List of Registered Malaysian Frozen Durian Pulp and Paste Processing Facilities for Export to China. Maklumat Lanjut... |
List of Registered Malaysian Frozen Durian Pulp and Paste Processing Facilities for Export to China – Updated on 2nd September 2021
|
Keterangan: List of Registered Malaysian Frozen Durian Pulp and Paste Processing Facilities for Export to China – Updated on 2nd September 2021 |
|
13. |
List of Registered Malaysian Frozen Durian Whole Fruit Processing Facilities for Export to China. Maklumat Lanjut... |
List of Registered Malaysian Frozen Durian Whole Fruit Processing Facilities for Export to China – Updated on 2nd September 2021
|
Keterangan: List of Registered Malaysian Frozen Durian Whole Fruit Processing Facilities for Export to China – Updated on 2nd september 2021 |
|
14. |
Syarat Pengeksportan Durian ke New Zealand. Maklumat Lanjut... |
Syarat Pengeksportan Durian ke New Zealand
|
Keterangan: Dimaklumkan bahawa pengeksportan durian ke New Zealand hanya dibenarkan dalam bentuk sejuk beku sahaja. |
|
15. |
Kadar dan Caj Bayaran Pengeluaran Sijil Fitosanitasi dan Sijil/ Permit CITES. Maklumat Lanjut... |
Kadar dan Caj Bayaran Pengeluaran Sijil Fitosanitasi dan Sijil/ Permit CITES
|
Keterangan: Pemakluman kadar dan caj bayaran pengeluaran Sijil Fitosanitasi dan Sijil/ Permit CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. |
|
16. |
Pindaan Jadual Pertama dan Kedua Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]. Maklumat Lanjut... |
Pindaan Jadual Pertama dan Kedua Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]
|
Keterangan: Penyenaraian Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan bagi spesies tumbuhan daratan (kecuali yang dibiakkan secara buatan) di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Jabatan Pertanian merupakan Pihak Berkuasa Pengurusan bagi spesies tumbuhan daratan yang dibiakkan secara buatan. |
|
17. |
Notifikasi Langkah-langkah Kawalan Pengimportan Tanaman, Buah-buahan dan Sayur-sayuran ke Negara United Arab Emirates (UAE). Maklumat Lanjut... |
Notifikasi Langkah-langkah Kawalan Pengimportan Tanaman, Buah-buahan dan Sayur-sayuran ke Negara United Arab Emirates (UAE)
|
Keterangan: Notifikasi Langkah-langkah Kawalan Pengimportan Tanaman, Buah-buahan dan Sayur-sayuran ke Negara United Arab Emirates (UAE) berhubung dengan serangan Fall Army Worm (Spodoptera frugiperda). |
|
18. |
Notifikasi Langkah-langkah Kecemasan dan Larangan Sementara Pengeksportan Cili, Peria, Terung dan Jagung ke Negara Kesatuan Eropah (EU). Maklumat Lanjut... |
Notifikasi Langkah-langkah Kecemasan dan Larangan Sementara Pengeksportan Cili, Peria, Terung dan Jagung ke Negara Kesatuan Eropah (EU)
|
Keterangan: Pemakluman larangan sementara pengeksportan buah cili, peria, terung dan jagung ke Negara Kesatuan Eropah (EU) disebabkan serangan Fall Army Worm (Spodoptera frugiperda). |
|
19. |
Provisional Approval on Palm Kernel Expeller (PKE) Facilities for Exports to New Zealand (Updated on 6th April 2022). Maklumat Lanjut... |
Provisional Approval on Palm Kernel Expeller (PKE) Facilities for Exports to New Zealand (Updated on 6th April 2022)
|
Keterangan: Senarai fasiliti pemprosesan Palm Kernel Expeller (PKE) yang
telah mendapat kelulusan untuk eksport PKE ke New Zealand. Dikemaskini pada 6 April 2022. |
|
20. |
Prosedur Pemeriksaan Untuk Pengeluaran Sijil Fitosanitasi Durian Sejuk Beku Yang Dieksport Ke China. Maklumat Lanjut... |
Prosedur Pemeriksaan Untuk Pengeluaran Sijil Fitosanitasi Durian Sejuk Beku Yang Dieksport Ke China
|
Keterangan: Prosedur ini hendaklah digunapakai untuk kerja-kerja pemeriksaan pengeluaran Sijil Fitosanitasi Durian Sejuk Beku dalam bentuk pulp, paste dan whole ke China.
Objektif Prosedur ini adalah seperti berikut :
i. Sebagai panduan kepada semua Pegawai Pemeriksa yang menjalankan pemeriksaan dan pengeluaran Sijil Fitosanitasi untuk pengeksportan durian sejuk beku ke China;
ii. Panduan kepada Pengeksport yang ingin memohon Sijil Fitosanitasi bagi pengeksportan durian sejuk beku ke China. |
|
21. |
Notis Permulaan Operasi Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi Pejabat Pertanian Daerah Raub, Pahang . Maklumat Lanjut... |
Notis Permulaan Operasi Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi Pejabat Pertanian Daerah Raub, Pahang
|
Keterangan: Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi Pejabat Pertanian Daerah Raub akan mula beroperasi daripada 1 Ogos 2019. Permohonan dan pengeluaran Sijil Fitosanitasi di Pejabat Pengeluar ini hanya terhad kepada pengeksportan durian sahaja. |
|
22. |
Notis Penutupan Operasi Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi Butterworth, Pulau Pinang. Maklumat Lanjut... |
Notis Penutupan Operasi Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi Butterworth, Pulau Pinang
|
Keterangan: Pejabat Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Butterworth, Pulau Pinang akan ditutup berkuatkuasa 1 Ogos 2019. Segala operasi akan dipindahkan ke Pejabat Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kompleks Bumbung Lima, Pulau Pinang. |
|
23. |
Notifikasi Terhadap Produk Pulp Durian (Chilled) Malaysia ke Australia . Maklumat Lanjut... |
Notifikasi Terhadap Produk Pulp Durian (Chilled) Malaysia ke Australia
|
Keterangan: Pengeksport produk pulp durian yang disejukkan (chilled durian segments) perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Department of Agriculture and Water Resources (DAWR), Australia. |
|
24. |
Sijil Fitosanitasi untuk Kayu dan Hasil-hasil Kayu. Maklumat Lanjut... |
Sijil Fitosanitasi untuk Kayu dan Hasil-hasil Kayu
|
Keterangan: Arahan ini berkuatkuasa mulai 27 Mac 2019 dan arahan yang dikeluarkan melalui surat B(FKE).81/100-5/1.Jld.V(81) bertarikh 10 Julai 2008 adalah terbatal. |
|
25. |
Larangan Eksport Produk Citrus ke Negara European Union (EU). Maklumat Lanjut... |
Larangan Eksport Produk Citrus ke Negara European Union (EU)
|
Keterangan: Melalui bancian penyakit di ladang dan pengujian sampel terhadap produk citrus di ladang-ladang di Malaysia, didapati tiada ladang yang bebas daripada serangan penyakit citrus kanker yang disebabkan oleh Xanthomonas campestis. EU mensyaratkan supaya produk yang dieksport ke EU bebas daripada serangan citrus kanker.
Sehubungan dengan itu pengeksportan produk citrus ke EU adalah dilarang. |
|
26. |
Pengeluaran Sijil Fitosanitasi Bagi Komoditi Selasih (Basil). Maklumat Lanjut... |
Pengeluaran Sijil Fitosanitasi Bagi Komoditi Selasih (Basil)
|
Keterangan: Berkuatkuasa daripada 14 Jun 2018, pengeluaran Sijil Fitosanitasi untuk komoditi Basil perlulah disertakan dengan surat pendaftaran ladang sumber bekalan komoditi dan salinan invois daripada ladang yang berdaftar. |
|
27. |
Penambahbaikan dan Tindakan Ke atas Syarikat Yang Menerima Notifikasi Dari Pihak Negara Pengimport . Maklumat Lanjut... |
Penambahbaikan dan Tindakan Ke atas Syarikat Yang Menerima Notifikasi Dari Pihak Negara Pengimport
|
Keterangan: Bagi menangani masalah peningkatan notifikasi pintasan perosak yang diterima daripada negara-negara pengimport, Jabatan telah mengambil keputusan untuk menambahbaik dan mengenakan tindakan ke atas Syarikat yang menerima notifikasi pintasan perosak. Langkah-langkah ini akan berkuatkuasa sepenuhnya bermula 14 Jun 2018. |
|
28. |
Larangan Mengeksport Tumbuhan Licuala sp. dan Bucephalandra sp. Ke Republic of Korea. Maklumat Lanjut... |
Larangan Mengeksport Tumbuhan Licuala sp. dan Bucephalandra sp. Ke Republic of Korea
|
Keterangan:
Pihak Animal and Plant Quarantine
Agency Republic of Korea telah mengeluarkan arahan larangan pengimportan
tumbuhan Licuala sp. dan Bucephalandra sp. ke Republic of Korea.
Larangan ini adalah disebabkan penemuan Radopholus similis (burrowing
nematode) yang merupakan perosak kuarantin Republic of Korea pada tanaman yang
dieksport ke negara berkenaan. Larangan ini berkuatkuasa bermula pada 19 April
2018.
|
|
29. |
Arahan Fitosanitasi Bagi Pengeksportan Produk Pertanian ke Timor Leste. Maklumat Lanjut... |
Arahan Fitosanitasi
|
Keterangan: Permohonan Sijil Fitosanitasi bagi trans-shipped produk ke Timor-Leste perlulah disertakan dengan Sijil Fitosanitasi dari negara asal. |
|
30. |
Arahan Fitosanitasi Bagi Pengeksportan Komoditi yang Menjalankan Rawatan Fumigasi Heat Treatment ke Semua Negara. Maklumat Lanjut... |
Arahan Fitosanitasi
|
Keterangan: Permohonan Sijil Fitosanitasi untuk pengeksportan komoditi yang menjalani rawatan fumigasi/ heat treatment perlulah disertakan dengan pengesahan rawatan berkenaan ke atas konsainan yang dieksport. |
|
31. |
Changes Of Malaysian Phytosanitary Certificate Printed Form. Maklumat Lanjut... |
Information Letter And Sample Of New Phytosanitary Certificate (Export & Re-Export)
|
|
32. |
Arahan Pengesahan Hasil Ladang Bagi Permohonan Sijil Fitosanitasi Untuk Eksport Buah Manggis Ke China. Maklumat Lanjut... |
Arahan Pengesahan Hasil Ladang Bagi Permohonan Sijil Fitosanitasi Untuk Eksport Buah Manggis Ke China
|
|
33. |
Arahan Fitosanitasi Mengenai Pengisian Maklumat Bukan Berkaitan Fitosanitasi Dalam Sijil Fitosanitasi.. Maklumat Lanjut... |
Surat Ketetapan Pengisian Maklumat Sijil Fitosanitasi Berdasarkan Perkara 4 - “Specific Consideration For Preparation & Issuance Of Phytosanitary Certificates” ISPM 12
|
|
34. |
Arahan Fitosanitasi Bagi Eksport Buah Manggis ke Negara China. Maklumat Lanjut... |
Arahan Fitosanitasi Bagi Eksport Buah Manggis ke Negara China
|
|
35. |
Arahan Fitosanitasi Bagi Eksport Daun Sirih ke negara EU. Maklumat Lanjut... |
Arahan Fitosanitasi Bagi Eksport Daun Sirih ke negara EU
|
|
36. |
Pengeksportan Fresh Food of Plant Origin (FFPO) ke Indonesia. Maklumat Lanjut... |
Makluman Mengenai Pengeksportan FFPO ke Indonesia
|
|