Pihak General Administration of Customs, The People’s Republic of China (GACC) akan menguatkuasakan keperluan pendaftaran premis pemprosesan makanan dan premis penyimpanan makanan seperti yang dinyatakan dalam Decree no. 248.
Bermula 1 Januari 2022, hanya produk makanan dari premis pemprosesan dan premis penyimpanan makanan yang telah berdaftar dengan pihak GACC sahaja DIBENARKAN import masuk ke China. Tempoh sah pendaftaran dengan GACC adalah selama 5 tahun. Premis pemprosesan dan premis penyimpanan makanan perlu menghantar permohonan pembaharuan dalam masa 3-6 bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran. Pendaftaran melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Untuk maklumat lanjut sila layari http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=441000552 |